32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

486 kes baharu varian Delta dilapor sejak Isnin lalu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 486 kes baharu membabitkan varian Delta dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antara Isnin lalu sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 6,246 kes.

“Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) mengenal pasti 317 kes baharu yang semuanya adalah varian Delta.

“Manakala Faculty of Medicine-Universiti Malaya pula mengenal pasti sebanyak 84 kes; Integrative Pharmacogenomics Institute (58 kes) dan Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (27 kes).

“Daripada jumlah dikesan itu, 6,226 kes adalah VOC manakala 20 kes pula VOI,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat 5,726 kes varian Delta; 253 kes varian Omicron; 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

“Bagi kes VOI, terdapat 13 kes varian Theta, manakala empat kes varian Kappa dan tiga kes lagi varian Eta,” katanya.

Sebelum ini, pada 2 Disember tahun lalu, KKM melaporkan sebanyak 515 kes baharu varian Delta dilaporkan sejak 25 November lalu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,692 kes – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan