32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

ADUN Perak ditahan di kelab malam positif dadah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Perak mengesahkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri itu ditahan selepas ujian saringan air kencing dijalankan ke atasnya positif dadah.

Pengesahan mengenai penahanan ADUN tersebut dibuat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah.

ADUN tersebut dilaporkan ditahan di sebuah restoran yang berlatar belakang seolah-olah seperti kelab malam dekat Perai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 9 malam tadi.

Difahamkan, restoran itu dahulunya adalah sebuah kelab malam, tetapi kini beroperasi menggunakan lesen restoran.

Bagaimanapun, Mustafa Kamal enggan mengulas lanjut memandangkan perkara itu masih dalam siasatan polis.

“Polis mengadakan serbuan di premis itu dan melakukan ujian saringan air kencing terhadap 36 pelanggan termasuk Adun berkenaan sebelum dia didapati positif.

Advertisements

“ADUN itu kini direman selama sehari dan kita akan menyelesaikan siasatan sebelum membebaskan beliau dengan jaminan polis,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, ADUN itu akan dibebaskan sementara menunggu laporan patologi siap.

Menurutnya, ujian awal akan diserahkan kepada pakar patologi untuk pengesahan lanjut.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan, ADUN terbabit adalah Terence Naidu yang mewakili DAP di Pasir Bedamar.

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan