25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

36,000 KIR di Selangor telah terima bantuan RM1,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 36,000 ketua isi rumah (KIR) di Selangor telah menerima bantuan RM1,000, menerusi inisiatif Selangor Bangkit yang bermula akhir Disember lalu.

Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya menjangkakan bilangan KIR yang akan menerima bantuan tersebut bakal mencecah 40,000 pada minggu hadapan, menjadikan jumlah bantuan yang disalurkan berjumlah RM40 juta.

Menurutnya, sebanyak 11,194 KIR yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor telah menerima bantuan berkenaan.

“Angkanya terus berterusan sekarang… kita sedang buat pendaftaran rumah ke rumah, bancian sedang dilakukan. Bila kita dapat kita bagi dalam tempoh seminggu

“Sebelum ini kita sasar 30,000 keluarga sahaja, tetapi hari ini sahaja dah 36,000 dan ada lagi pendaftaran masuk.

Advertisements

“Jadi, kita buka pendaftaran sampai 31 Januari dan mungkin kita akan tunggu pendaftaran itu sebab ia memerlukan proses semakan dan sebagainya,” katanya hari ini, lapor Bernama.

Terdahulu, Amirudin menyampaikan sumbangan 1,000 bakul makanan kepada mangsa banjir di Johor daripada kerajaan Selangor di Bandar Medini di sini hari ini.

Akhir tahun lalu, beliau memaklumkan mangsa banjir di Selangor akan menerima bantuan RM1,000 menerusi inisiatif Selangor Bangkit, yang akan mula disalurkan seawal Rabu ini.

Penerima terbahagi kepada tiga kategori iaitu mangsa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) awam; mangsa yang berpindah ke PPS swasta (persendirian) dan mangsa yang tidak berpindah ke PPS.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan