36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Trend peningkatan penerbangan awam dijangka pulih 2025

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TREND peningkatan semula sektor penerbangan dijangka pulih menjelang 2025 selepas industri penerbangan awam mengalami kemerosotan ketara sejak penularan Covid-19 pada awal 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak pandemik melanda dunia ia turut menyebabkan penutupan sempadan antarabangsa yang menjejaskan industri pengangkutan udara.

“Jadi pengoperasian Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dirasmikan hari ini tepat pada waktunya.

“Ia selaras dengan usaha negara yang sedang mengambil tindakan untuk memulihkan ekonomi,” katanya ketika merasmikan KL ATCC hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Chester Voo.

Menurut Ismail Sabri, dengan pembukaan sempadan negara kelak, ia akan merancakkan lagi sektor penerbangan awam yang secara langsung akan memberikan kesan positif limpahan hasil kepada ekonomi negara.

“Projek Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur memberi kesan positif kepada ekonomi terutama sektor penerbangan awam.

“Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur ini juga akan dipertingkatkan dalam kesiapsiagaan negara bagi menghadapi situasi dunia penerbangan yang mencabar.

“Bukan itu sahaja, tahap kecekapan perkhidmatan trafik udara negara akan dipertingkatkan setanding negara maju,”katanya.

Jelas beliau, melalui penyediaan sistem dan peralatan kawalan trafik udara yang baharu dan lebih efisyen, ia secara langsung mampu mempertingkatkan tahap kecekapan perkhidmatan trafik udara negara setanding dengan negara maju.

– Edisi 9


Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan