26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Tiada kompromi peniaga naik harga barang – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GOLONGAN peniaga yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga barang tanpa alasan munasabah akan dikenakan tindakan tegas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengambil serius mengenai komen-komen ahli Keluarga Malaysia di media sosial berkenaan kenaikan harga barang.

“Hari ini, saya sendiri melakukan tinjauan harga barang di Myfarm Outlet Kasih, Putrajaya.

“Demi rakyat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu melakukan penguatkuasaan tegas untuk mengawal kenaikan harga barang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Malah, Ismail Sabri menegaskan, tiada kompromi kepada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang tanpa alasan munasabah.

Selain itu, menurutnya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga perlu memainkan peranan dalam memerangi orang tengah supaya peniaga boleh meraih keuntungan tanpa menaikkan harga barang.

Sementara itu, dalam tempoh 15 minit hantaran dimuat naik, lebih 400 komen netizen sudah membanjiri hantaran tersebut.

Menurut Melati Arieff, sewajarnya tinjauan turut dilakukan ke pasar pagi dan pasar tani.

Manakala, bagi Ezlien Abdul Ghani, harga tempatan lebih mahal daripada import termasuk sayur dan buah-buahan.

-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan