31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Ramai menteri sudah pulang tapi perlu kuarantin – PM

Ismail Sabri sendiri membatalkan rancangan untuk menunaikan umrah pada 1 Januari ekoran bencan banjir di beberapa negeri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beberapa menteri Kabinet yang berada di luar negara ketika banjir besar melanda beberapa negeri, sudah kembali ke tanah air.

Menurut Perdana Menteri, beberapa lagi menteri yang masih berada di luar negara pula sedang berusaha mendapatkan penerbangan pulang secepat mungkin, selepas beliau mengarahkan semua cuti anggota Kabinet dibatalkan serta-merta.

Bagaimanapun, beliau berkata, anggota Kabinet yang sudah pulang masih belum dibenarkan keluar melawat kawasan bencana kerana perlu mematuhi perintah kuarantin bagi memastikan mereka bebas jangkitan COVID-19.

“Ramai menteri sudah balik. Saya tidak mahu menyebut nama, namun mereka sudah ke luar negara lebih awal sebelum banjir berlaku.

Baca juga:   Letak calon ikut parti yang menang kerusi dalam PRU-14

“Yang belum bercuti, mereka sudah membatalkan perancangan itu. Saya juga ada merancang untuk menunaikan umrah pada 1 Januari depan, namun saya sudah membatalkannya dan tidak jadi pergi.

“Ada mereka minta mahu keluar, semalam (untuk melawat kawasan banjir), namun saya tidak benarkan dan meminta mereka tunggu kerana jika bawa penyakit nanti susah pula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan gotong-royong membersihkan banjir di Masjid Al-Muttaqin, Hulu Langat, Selangor, hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas khas yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan pascabanjir serta persediaan menghadapi kemungkinan gelombang kedua bencana itu.

“Pasukan itu dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan dianggotai beberapa agensi yang terbabit dalam pengurusan bencana, antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Baca juga:   Agong hargai pengorbanan warga Tentera Darat Malaysia

“Kerja pascabanjir memang lebih besar dan rumit kerana ia membabitkan kerja pembersihan, pembahagian sumbangan, baik pulih rumah dan sebagainya.

“Proses ini memerlukan koordinasi dan kerjasama yang tegap dan sempurna daripada semua agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya, baru ia dapat disegerakan,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, penubuhan pasukan berkenaan penting kerana beliau tidak mahu ada sebarang kelewatan dalam usaha membantu mangsa banjir.

Baca juga:   Selangor masih catat kes harian baharu tertinggi

-EDISI9

Terkini

Kabinet lulus 90.5 peratus, laksana hanya 23.2 peratus – Muhyiddin

KABINET hanya dapat melaksanakan 16 perakuan utama atau 23.2 peratus berkaitan inisiatif-inisiatif yang berorientasikan tindakan (action-oriented) dan segera (immediate)...

Lagi Artikel Berkaitan