24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penduduk Gua Musang, Kuala Krai dan Dungun digesa waspada

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARA penduduk di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu diminta berwaspada ekoran peningkatan paras air sungai dan taburan hujan yang dijangka turun menjelang Tahun Baharu 2022.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan berkata, risiko banjir dijangka berlaku di Kelantan antara 8 malam pada 30 Disember dan 8 pagi esoknya melibatkan Gua Musang dan Kuala Krai serta kawasan sekitarnya.

Jabatan itu berkata, ia berikutan peningkatan air Sungai Galad di Limau Kasturi dan Dabong serta Sungai Kelantan di Kuala Krai yang dijangka melepasi aras bahaya.

Pada tempoh sama, ramalan risiko berkenaan turut melibatkan daerah Dungun, Terengganu dan kawasan sekitarnya ekoran aras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja juga dijangka naik melepasi aras bahaya.

Advertisements

“Jangkaan ini berdasarkan kepada ramalan cuaca yang signifikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dari 25 sehingga 31 Disember,” kata JPS dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, JPS mengingatkan orang awam untuk sentiasa berwaspada dan peka dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan