32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Rogol dua beradik, penjawat awam ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan dua beradik dalam belukar tepi jalan di Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar, Manjung, Perak pada 21 Disember lalu.

Suspek berusia 21 tahun ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pukul 2.20 petang di Bercham, Ipoh semalam.

Dalam kejadian pada 2.38 pagi itu, mangsa iaitu dua beradik wanita berusia 37 dan 20 tahun yang menaiki motosikal ditahan suspek ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata dua beradik berkenaan melalui lokasi jam 12.05 tengah malam sebelum ditahan suspek yang menunggang motosikal.

“Suspek mengugut membunuh mangsa sekiranya tidak mengikut arahannya sebelum dirogol.

“Bertindak atas maklumat, polis dapat mengesan dan menahan suspek serta merampas pakaian dan kenderaan yang digunakan ketika kejadian.

“Suspek adalah penjawat awam yang bertugas di Kota Samarahan, Sarawak. Ketika kejadian suspek sedang bercuti dan berada di daerah Manjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 kanun Keseksaan.

Suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula semalam.

-EDISI9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan