26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Kes harian bawah 3,000, nilai Rt turut tunjuk trend penurunan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 2,778 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu, menyaksikan penurunan lebih 300 kes berbanding semalam.

Untuk rekod, kes harian terakhir di bawah paras 3,000 kes adalah pada 20 Disember lalu iaitu sebanyak 2,589 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,741,179 kes.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Noor Hisham dalam hantaran menyatakan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 25 Disember untuk seluruh negara adalah 0.88.

Nilai Rt berkenaan menunjukkan penurunan berbanding sehari sebelumnya iaitu 0.89.

Hanya satu negeri mencatatkan nilai Rt 1.0 iaitu negeri Terengganu.

Baca juga:   Semua pihak elak tindakan provokasi di Laut China Selatan

Manakala, negeri terendah nilai Rt ialah Sarawak iaitu 0.71.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan