KES harian Covid-19 menunjukkan penurunan hari ini apabila 5,058 kes dilaporkan berbanding semalam iaitu 5,446 kes.
Jumlah jangkitan terbaharu itu menunjukkan penurunan 388 kes harian yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Noor Hisham dalam hantaran di media sosialnya menyatakan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada semalam untuk seluruh negara adalah 0.97.
Lima negeri mencatatkan Rt lebih 1.0 iaitu dengan rekod tertinggi ialah negeri Perlis sebanyak 1.04.
Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing merekodkan 1.03; diikuti Pulau Pinang 1.02; dan Pahang 1.0.
Manakala, Sarawak merekodkan nilai Rt paling rendah iaitu 0.71.
-EDISI9