25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

MARA tidak berkompromi sebarang salah laku pelajar MRSM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) mengambil maklum bahawa satu kandungan di media sosial Facebook dan Twitter telah tular berkaitan rakaman video sekumpulan pelajar sedang membuli rakannya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak MARA memandang serius berkaitan isu tersebut dan akan melaksanakan siasatan terperinci terhadap video yang tular.

“Saya telah mengarahkan pihak pengurusan MARA untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan dan kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku buli seperti yang tular di media sosial hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media susulan penularan kandungan video membabitkan pelajar sebuah sekolah berasrama hari ini.

Tambah Mahdzir, tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang terlibat berdasarkan peruntukan dan peraturan sedia ada di peringkat pengurusan MARA, jika video yang tular adalah benar.

Pihak MARA juga tegas Mahdzir, tidak sesekali memberi ruang kepada sebarang tindakan atau perbuatan salah laku yang menyalahi etika kemanusiaan.

Advertisements

“Selain tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melakukan sebarang salah laku atau perbuatan yang menyalahi undang-undang, peraturan dan tata etika di mana-mana premis seliaan kami pada bila-bila masa.

Hari ini tular video berdurasi 10 saat yang merakamkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain di dalam asrama.

Video tersebut tular dalam laman Twitter dan mendapat perhatian warganet dengan tontonan sebanyak 528,000 dan lebih 30,000 perkongsian.

Dalam pada itu, Polis Kuala Kangsar diarah menjalankan siasatan berhubung rakaman video kejadian buli itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, beliau telah mengarahkan polis Kuala Kangsar menjalankan siasatan ekoran kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah sekolah di Kuala Kangsar.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan