27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menziarahi pusara bekas ‘sifu’ atau mentor politiknya, Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Beliau dalam satu hantaran dalam Facebook berkata, Allahyarham juga adalah bekas ketua semasa beliau menjadi Setiausaha Politik Allahyarham di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

“Hutang emas boleh dibayar, hutang budi di bawa mati. Hanya doa yang mampu saya iringi atas pemergian beliau…,” kongsinya hari ini.

Sabbaruddin yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur kelmarin dalam usia 80 tahun.

Advertisements

Ketika Allahyarham meninggal dunia, Perdana Menteri berada di Sarawak kerana melakukan lawatan rasminya ke negeri itu.

Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Menerusi hantaran itu, Ismail Sabri turut mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

16 syarikat, 200 peluang pekerjaan dalam Career Connect@PUO

SEBANYAK 16 syarikat pelbagai industri dengan tawaran lebih 200 peluang pekerjaan dan penempatan latihan indusri menyertai Career Connect @...

Lagi Artikel Berkaitan