32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Amaran hujan berterusan di 8 negeri hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (bahaya) di lapan negeri di utara, selatan, pantai timur Semenanjung serta Sabah, hari ini.

METMalaysia menerusi akaun Twitternya memaklumkan, amaran itu dikeluarkan ekoran luruan monsun yang sedang berlaku dan dijangka berterusan sehingga Isnin ini.

Amaran hujan sangat lebat berterusan atau peringkat merah (bahaya) dikeluarkan membabitkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan serta Terengganu iaitu di Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Di Pahang amaran dikeluarkan bagi daerah-daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala Johor melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi.

“Hujan sangat lebat berterusan peringkat bahaya di empat negeri itu dijangka berlaku sepanjang hari ini,” kata MET Malaysia.

Dalam pada itu, amaran hujan lebat berterusan peringkat jingga (buruk) dikeluarkan membabitkan tujuh lagi daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Baca juga:   Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya di Johor dan Pahang

Selain itu, Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera) serta Johor (Segamat dan Kluang).

Amaran hujan berterusan di semua lokasi berkenaan berkuat kuasa sehingga esok.

Sementara itu, amaran hujan berterusan peringkat kuning atau waspada dikeluarkan untuk negeri Perlis, Kedah ((Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), serta di Raub dan Bentong, Pahang.

Baca juga:   Ribut petir, hujan lebat di empat negeri

Amaran sama dikeluarkan bagi enam daerah di Johor iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru berkuat kuasa sehingga esok.

Di Sabah ia membabitkan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), Kudat dan Pantai Barat (Ranau) sehingga 2 Januari.

“Angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

“Angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung, Sarawak dan Sabah diramal berterusan sehingga 2 Januari ini,” kata kenyataan itu.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan