32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

4 mayat terapung dipercayai mangsa bot karam di Sekinchan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENEMUAN empat mayat terapung di perairan dekat Pulau Jarak, Perak pagi ini mungkin ada kaitan dengan laporan sebuah bot karan di perairan Sekinchan, Selangor pada 25 Disember lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki dan tiga perempuan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Kemungkinan besar mayat yang telah dijumpai ini adalah laitan dengan dengan satu laporan polis di Sekinchan bertarikh 27 Disember.

Advertisements

“Pengadu memaklumkan menerima panggilan telefon daripada pekerjanya ternampak sebuah bot dinaiki lebih 20 orang individu tenggelam di perairan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, empat mayat tersebut telah dihantar ke unit forensik Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat esok selepas saringan Covid-19 dijalankan.

Beliau berkata, penemuan empat mayat itu dilaporkan kepada pihak polis pada pukul 4.58 petang semalam dan kesemua mayat dibawa ke jeti oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan