24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Sarawak, Kelantan beralih ke Fasa 4 PPN Isnin ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SARAWAK dan Kelantan akan beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Isnin ini, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, keputusan kebenaran itu diambil selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dengan peralihan di kedua-dua negeri berkenaan dari Fasa Tiga sebelum ini, ia bermakna seluruh negara kini berada dalam Fasa Empat PPN.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak khususnya Kerajaan Negeri yang bertungkus-lumus mengurus situasi pandemik di negeri masing-masing terutama demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan di bawah PPN,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Advertisements

Hishammuddin bagaimanapun menyeru orang ramai agar tidak berasa terlalu selesa, memandangkan COVID-19 masih merupakan satu ancaman kepada keselamatan dan kesihatan terutama dengan penularan varian Omicron.

Sebelum ini kerajaan negeri Sarawak tidak membenarkan sambutan Tahun Baharu 2022 diadakan di negeri itu berikutan masih berada dalam Fasa Tiga PPN.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu, di bawah fasa tersebut semua premis perniagaan hanya dibenar beroperasi sehingga 12 tengah malam.

JPBN Sarawak berkata, mana-mana operator premis perniagaan yang didapati tidak mematuhi arahan itu akan dikenakan tindakan kompaun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan