25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

TNB nafi air deras berlaku di Tasik Kenyir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TENAGA Nasional Berhad (TNB) menafikan insiden air deras di Tasik Kenyir seperti rakaman video yang tular menerusi media sosial.

TNB dalam satu kenyataan berkata, air deras yang berlaku itu adalah dari Sungai Telemong berdekatan dengan Gawi, Hulu Terengganu.

Menurut kenyataan itu, aliran air Sungai Telemong itu tidak memasuki Tasik Kenyir.

“Setakat ini, paras air di empangan Tasik Kenyir masih selamat dan terkawal.

“Jadi TNB ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan video air deras yang berlaku itu.

Advertisements

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih di media sosial,” kata kenyataan itu.

TNB berkata, paras air di empangan hidroelektrik di stesen-stesen janakuasa Kenyir TNB Genco hari ini berada pada paras terkawal dan di bawah paras limpah.

“Pemantauan secara berterusan terus dijalankan dan maklumat yang berkaitan akan disalurkan kepada pihak berkenaan secara berkala,” katanya.

Semalam, satu video berdurasi 18 saat yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok menunjukkan air sungai deras sehingga melimpah ke jambatan.

Hasil semakan mendapati, video asal yang dimuat naik dalam media sosial menunjukkan lokasinya di Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan