29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

872 pegawai, pasangan buang undi di Mes IPK Sarawak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 872 pegawai, anggota polis dan pasangan yang layak mengundi bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Petra Jaya menunaikan tanggungjawab hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, ia melibatkan pengundi awal di DUN Tupong, Samariang dan Satok.

DUN Satok menyaksikan pengundi awal paling ramai iaitu 823, diikuti Samariang dengan 38 dan Tupong, 11 pengundi.

Selain itu, 20 pengundi awal melibatkan tiga DUN tersebut akan mengundi melalui pos.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka empat saluran mengundi, terdiri daripada dua untuk DUN Satok dan masing-masing satu bagi DUN Tupong dan DUN Samariang.

Para pengundi awal dilihat membanjiri pusat pengundian seawal 7.20 pagi.

Turut kelihatan, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, calon PKR DUN Tupong Ahmad Nazib Johari dan Calon PKR DUN Satok Datuk Ir Nor Irwan Ahmat Nor.

Pusat pengundian awal Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak dibuka bermula 7.30 pagi hingga 5 petang. – Edisi 9


Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan