26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

7,730 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS di Pahang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 7,730 mangsa banjir daripada 2,301 keluarga masih lagi ditempatkan di 72 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di Pahang hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu 11,243 mangsa banjir daripada 3,683 keluarga di 80 PPS.

“Daripada data, Temerloh merekodkan mangsa banjir paling ramai iaitu 3,302 orang, diikuti Bentong (1,518 orang), Pekan (1,802 orang), Maran (589 orang), Bera (32 orang) dan Kuantan (487 orang).

“Sebanyak 10 jalan ditutup membabitkan lapan daerah di negeri ini iaitu Jalan Kuantan-Segamat dan Jalan Pelak-Belimbing di Pekan; Jalan Southern Loop, Bentong dan Jalan Kuala Lipis-Jerantut, Jerantut.

“Jalan lain yang turut ditutup ialah Jalan Kuala Lumpur–Kuantan, Maran; Jalan Ulu Dong, Raub; Jalan Temerloh–Jerantut dan Jalan Paya Luas-Perlok di Temerloh; Jalan Sungai Lembing, Kuantan dan Jalan Bentong- Gua Musang, Lipis,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, sebanyak 20 kes kematian akibat banjir kekal direkodkan di Pahang setakat ini iaitu 11 di Bentong, Temerloh (empat), masing-masing dua di Kuantan dan Raub serta satu lagi di Pekan.

Sementara itu, menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai, masing-masing satu di Sungai Dong, Kampung Peruas, Raub dan Sungai Kundang, Maran, merekodkan air sungai melepasi paras waspada.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan