30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

434 mangsa banjir positif COVID-19, 14 jangkitan di PPS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 434 mangsa banjir disahkan positif COVID-19 dengan 14 jangkitan direkodkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 78 kes penyakit berjangkit turut dikesan dalam kalangan mangsa banjir dengan paling tinggi membabitkan jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), iaitu 53 kes.

“Turut direkodkan ialah 17 kes penyakit kulit, empat gejala acute gastroenteritis (AGE) serta masing-masing dua kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta konjunktivitis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 19,099 mangsa banjir yang masih terjejas ditempatkan di 121 PPS di lima negeri iaitu Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Tiada kluster baharu dilaporkan pada hari ini dalam kalangan mangsa banjir di PPS. Ini menjadikan setakat ini, hanya satu kluster dilaporkan di PPS, iaitu membabitkan 10 kes,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kes COVID-19 kekal di bawah 3,000 kes apabila sebanyak 2,897 dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul jangkitan sebanyak 2,746,833 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah kes harian dilaporkan itu, 50 daripadanya (atau 1.7 peratus) kategori tiga, empat dan lima, manakala 2,847 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 192 kes import yang membabitkan 178 warganegara dan14 bukan warganegara, sementara 2,705 lagi jangkitan tempatan.

“Sebanyak 3,434 kes sembuh sehingga tengah hari tadi menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 2,673,084 jangkitan,” katanya.

Katanya, seramai 302 pesakit memerlukan rawatan di unit rawatan rapi, 169 memerlukan bantuan pernafasan.

“Setakat ini terdapat pertambahan empat kluster baharu menjadikan jumlah kluster di negara ini sebanyak 6,114 kluster dengan 226 daripadanya masih aktif,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan