30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

KPLB segerakan proses baik pulih kerosakan infrastruktur

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menyegerakan kerja-kerja baik pulih kemudahan infrastruktur di bawah kelolaannya yang terjejas akibat banjir.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, antara infrastruktur yang mengalami kerosakan teruk termasuk jalan kampung, jambatan kecil yang menghubungkan antara kampung, surau dan juga longkang kampung yang perlu dibaik pulih secepat mungkin.

“Kerosakan kecil, kita boleh buat kerja baik pulih dengan segera namun kerosakan besar seperti jambatan runtuh kita perlu tunggu hingga kos membaiki atau bina baharu diperolehi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Seperti di Jelebu, banyak jalan kampung yang rosak dan ia turut diberi perhatian untuk dibaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan KPLB kepada Pejabat Parlimen Jelebu di Kompleks UMNO Simpang Pertang hari ini.

Mahdzir Khalid meninjau keadaan jalan raya yang terjejas akibat banjir di Sungai Rokan, Jelebu, Negeri Sembilan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Jelebu yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Kata beliau, banyak kawasan luar bandar yang terbabit bencana banjir seperti di Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Selangor yang masing-masing mengalami banyak kerosakan terutamanya jalan kampung.

“Jadi saya telah meminta pegawai-pegawai KPLB khususnya di Bahagian Prasarana, Bahagian Kesejahteraan Rakyat dan Bahagian Kewangan untuk mengambil tindakan segera untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan terjejas banjir di seluruh negara,” ujar Mahdzir.

Sementara itu, Mahdzir turut menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir 2021 Keluarga Malaysia kepada 373 mangsa banjir daerah Jelebu di Dewan D’sury, Kuala Kelawang.

Sebelum itu, Mahdzir meninjau infrastruktur jalan di Kampung Remal, jambatan Kampung Kemin dan Rumah Rakyat Sungai Rotan yang rosak teruk dilanda bencana banjir besar kali ini.-Edisi 9

Terkini

Jarak bukan penghambat kemesraan menyambut Aidilfitri

Oleh DR AZMAWATY MOHAMAD NOR HARI Raya Aidilfitri merupakan peristiwa yang menggembirakan di mana ia adalah masa untuk keluarga dan...

Lagi Artikel Berkaitan