29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

13 hari bersembunyi, Long Tiger akhirnya diberkas polis

Ketua Polis Negara sahkan lelaki Rohingya itu ditahan di Kedah pukul 3 petang ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPANDAI-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Itulah yang boleh diibaratkan buat seorang lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dekat sini pada 15 Disember lalu diberkas polis.

Selepas 13 hari bersembunyi, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan sekitar Johor Utara.

Difahamkan, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor esok.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

“Saya sahkan dia ditahan kira-kira 3 petang tadi di Kedah,” katanya ringkas.

Baca juga:   Wanita UMNO gesa kerajaan laksanakan segera PKP penuh, ketat

Pada 15 Disember lepas, Long Tiger menghadiri prosiding di Mahkamah Majistret Tangkak bagi perbicaraan kes berkait Seksyen 388 Kanun Keseksaan, sebelum terlepas daripada tahanan kira-kira 11.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat dilaporkan berkata, tertuduh yang masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, kini disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana lari daripada tahanan.

Bahkan, kelibat seorang lelaki dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikatakan mirip ‘Long Tiger’ iaitu tertuduh etnik Rohingya yang melarikan diri ketika hadir pada prosiding di seebuah mahkamah di Johor kelmarin telah tular di media sosial.

Baca juga:   Pelajar tingkatan lima terjun bangunan sekolah

Menerusi rakaman di aplikasi TikTok, seorang pemuda memakai baju berwarna putih berkepala botak lari di sebuah lorong belakang beberapa buah premis.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan