26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

17 kematian, 3 kematian BID dilaporkan semalam – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 17 kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, dengan tiga daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menerusi laman sesawang COVIDNOW menunjukkan kes kematian direkodkan semalam menyumbang kepada sejumlah 30,879 kematian akibat COVID-19 di negara ini setakat ini, dengan 6,246 kes BID.

Empat kematian termasuk satu kes BID di laporkan di Terengganu, disusuli tiga kematian di Kelantan.

Empat negeri masing-masing mencatatkan dua kematian iaitu Kedah (termasuk satu kes BID), Perak, Perlis dan Pulau Pinang (termasuk satu kes BID) dan satu kes di Melaka dan Sabah.

Dalam pada itu, KKM melaporkan sebanyak 58,852 kes positif aktif dengan 48,337 kes atau 82.1 peratus menjalani kuarantin di rumah, sebanyak 5,606 kes atau 9.5 peratus menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan seramai 4,502 pesakit atau 7.6 peratus daripada kes menjalani rawatan di hospital.

Baca juga:   Masjid, surau di Selangor dibenar solat Jumaat kapasiti penuh

Sementara itu, sebanyak 67,376 dos vaksin diberikan semalam, menyumbang kepada 54,891,289 dos yang sudah diberikan setakat ini.

Daripada jumlah itu, 63,899 adalah dos penggalak, 1,472 dos pertama manakala 2,005 dos lengkap.

Setakat ini, sebanyak 78.1 peratus daripada populasi Malaysia sudah melengkapkan vaksinasi dengan 97.3 populasi dewasa sudah melengkapkan pengambilan vaksin masing-masing.

Manakala 86.5 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah lengkap divaksin.-Edisi 9

Baca juga:   Warga emas sanggup redah muara sungai untuk suntikan vaksin

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan