31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Pegawai TLDM terima Anugerah Sir Peter Blake Leadership

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengharumkan nama negara apabila menjadi peserta pertama dari negara ini yang menerima Anugerah Kepimpinan Sir Peter Blake.

Lefternan Komander J. Lavendra menerima anugerah tersebut dalam majlis graduasi New Zealand Defence Force (NZDF) Advance Command and Staff Course (ACSC).

Menurut Facebook TLDM, anugerah tersebut diberikan kepada peserta kursus yang berjaya menunjukkan tahap kepimpinan dan kreadibiliti terbaik dalam kalangan peserta sepanjang kursus berlangsung.

“Tahniah diucapkan kepada Lt Kdr Lavendra a/l Jayamohan TLDM yang telah dipilih sebagai penerima anugerah Sir Peter Blake Leadership Award di Majlis Graduasi New Zealand Defence Force (NZDF) Advance Command and Staff Course (ACSC)

“Tahniah sekali lagi kepada Lt Kdr Lavendra TLDM yang merupakan pegawai TLDM pertama menerima anugerah tersebut,” kata Facebook TLDM.

Sir Peter Blake merupakan seorang pelayar terkenal dalam dunia perlumbaan kapal layar yang sangat dihormati dengan kejayaan dalam semua perlumbaan antarabangsa, termasuk America’s Cup.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan