25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

RM10 juta bina bangunan GIATMARA di Limbang

Projek pembinaan GIATMARA Limbang dijangka siap pada bulan Ogos 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terus memperkasakan bidang pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) menerusi pembinaan bahgunan GIATMARA di Limbang, Sarawak.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, RM10 juta diperuntukkan untuk projek tersebut di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Tahun Keempat.

“Sudah tiba masanya untuk GIATMARA Limbang beroperasi di bangunan sendiri bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.

“Kita juga mahu para pelatih menjalani proses pembelajaran dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan GIATMARA Limbang di sini hari ini.

Mahdzir Khalid diberi penerangan mengenai projek pembinaan bangunan GIATMARA di Limbang, Sarawak hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah yang juga Ahli Parlimen Limbang, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Jelas Mahdzir, peruntukan tersebut termasuk kos pembinaan bangunan baharu, pembelian peralatan serta perabot dan keperluan operasi.

Projek pembinaan GIATMARA Limbang dijangka siap pada bulan Ogos 2023.

Sebelum ini, GIATMARA Limbang beroperasi di Bangunan Pejabat Residen Lama, Limbang bermula sejak tahun 2011.

Advertisements

Pusat TVET itu menawarkan kursus Teknologi Fabrikasi dan Kimpalan Logam, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Jahitan serta kursus baharu Solekan dan Terapi Kecantikan.

Sehingga kini, terdapat 30 buah pusat GIATMARA di wilayah Sarawak yang sedang beroperasi.

Bagi tahun 2021, sejumlah 750 pelatih sedang mengikuti latihan dalam pelbagai bidang pilihan masing-masing.

Untuk pengambilan sesi tahun 2022, GIATMARA akan menawarkan tempat kepada 700 pelajar bagi seluruh Sarawak.

GIATMARA di wilayah Sarawak terletak di tiga lokasi yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Bandar, Separa Bandar dan Luar Bandar dengan masing-masing mempunyai 10 buah premis.

“GIATMARA adalah Institusi Pendidikan yang menyediakan latihan kemahiran dan vokasional kepada penduduk setempat di peringkat sijil, kursus yang dijalankan pula adalah dalam jangka masa pendek iaitu dari 6 bulan hingga 24 bulan,” kata Mahdzir.

Pada majlis sama, Mahdzir turut menyampaikan watikah dan bakul makanan kepada 19 penerima bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Bina Baharu, 20 penerima Program Peningkatan Pendapatan (PPP-KPLB) dan penyampaian Sijil Tamat Latihan kepada 50 peserta Program Long Life Learning (3L) daerah Limbang.

Turut diraikan, 15 pelajar B40 yang menerima Alat Bantu Pembelajaran Alat Peranti Elektronik sumbangan Yayasan Pelajaran MARA, YPM dan 15 penerima sumbangan Wang Tunai serta Bakul Makanan di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat, Rural Capital Berhad. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan