25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Rafiq letak jawatan, Mas Ermieyati ketuai PN Melaka?

Mas Ermieyati sebelum ini dinamakan sebagai calon ketua menteri Melaka sekiranya PN dapat membentuk kerajaan negeri

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

NAIB Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizmohideen melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menurut beliau, surat peletakan jawatannya itu akan diserahkan kepada Pengerusi PN, Tan Sri MuhyiddiN Yassin esok.

Beliau yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka minggu lalu berkata, peletakan jawatannya itu bagi membolehkannya memberi fokus kepada usaha memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap PN di Parlimen Tangga Batu.

Selain itu, bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka itu berkata, beliau juga mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawabnya sebagai Naib Presiden Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepimpinan baharu untuk mengetuai Bersatu Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan bagi menghadapi PRU-15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam PRN Melaka itu, Mohd Rafiq tewas kepada Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Barisan Nasional) dengan majoriti 2,076 undi. Dua lagi calon ialah Datuk Ashraf Minghat (Pakatan Harapan – PH) dan Ariff Adly (Bebas).

Baca juga:   PRU15: Calon PN Kelantan diumum 3 November, guna logo PAS

Sementara itu, beliau turut berharap agar rakyat Melaka dan seluruh negara dapat memberi sokongan kepada PN dan kepimpinan Muhyiddin serta mendoakan agar parti itu memperoleh kejayaan cemerlang dalam PRU-15 akan datang.

Baca juga:   Lelaki cedera, kereta terbabas dan terbalik di Plus arah Ipoh

Dengan peletakan jawatan Mohd Rafiq, PN dijangka melantik Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin untuk menerajui PN dan Bersatu Melaka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu merupakan calon paling layak menggantikan Mohd Rafiq memandangkan beliau telah dinamakan oleh partinya sebagai ketua menteri Melaka sekiranya PN menang dalam PRN tempoh hari.

Mas Ermieyati yang juga Naib Ketua Serikandi Bersatu dan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah bagaimanapun tewas tipis kepada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN) di DUN Tanjung Bidara.

Manakala PN pula berjaya mempertahankan dua kerusi yang dimenangi dalam PRU-14 menerusi dua calon muda di Bemban dan Sungai Udang. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan