30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Peratusan keluar mengundi awal jadi tumpuan

Bakal memberikan momentum kepada proses pengundian sebenar pada Sabtu ini

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

HARI ini berlangsung proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang melibatkan seramai 11,577 pengundi berdaftar di 24 pusat pembuangan undi.

Mereka terdiri daripada kalangan anggota tentera dan polis serta pasangan masing-masing.

Mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat sebanyak 9,217 anggota dan pasangan berdaftar manakala 2,340 lagi adalah anggota polis.

Hari ini sudah tentu tumpuan diberikan kepada peratusan yang keluar mengundi awal memandangkan sebelum ini banyak pihak memainkan sentimen ‘kebencian’ rakyat termasuk di Melaka terhadap politik negara.

Malah ada suara-suara yang menolak untuk turun membuang undi ekoran rasa tidak puas hati dengan situasi politik yang tidak menentu, perbalahan antara orang politik sehingga rakyat menjadi mangsa.

Apatah lagi ketika rakyat dirundung kesusahan berikutan pandemik COVID-19 yang berpanjangan sejak awal tahun lalu.

Ada pemimpin politik yang meramalkan jumlah pengundi yang akan keluar mengundi pada 20 November ini adalah sekitar 30 peratus sahaja lantaran sentimen tersebut, tetapi angka yang diberikan tidaklah munasabah walaupun tidak mustahil.

Tumpuan sudah tentu di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Tangga Batu yang di dalamnya mempunyai kem tentera terutama DUN Sungai Udang.

Justeru, sehingga petang ini proses pengundian awal akan menjadi perhatian awam termasuk parti-parti politik yang bertanidng bagi melihat sejauh mana ‘keterujaan’ pengundi Melaka.

Mereka mengharapkan jumlah pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab masing-masing perlu melebihi 80 peratus, dan jika berkurangan, sudah tentu ia tidak begitu menggembirakan.

Jumlah pengundi awal yang keluar mengundi juga dapat memberikan momentum pada hari pengundian sebenar Sabtu ini sama ada bersedia untuk, sekali lagi membuang undi selepas kali terakhir pada Mei 2018 lalu, atau mengambil sikap duduk di rumah.

Kenapa pengundi awal, tunaikanlah tanggungjawab anda. Inilah peluang untuk anda memilih wakil rakyat dan parti yang anda percaya dapat mewakili anda semi kesejahteraan rakyat dan negeri Melaka.

Selamat membuang undi! – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan