30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Momentum baik, 89.9 peratus keluar mengundi awal

Mesti Baca

SEBANYAK 89.9 peratus daripada 11,577 pendaftar pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Sebanyak 10,390 pemilih telah membuang undi di 24 pusat pembuangan undi awal hari ini, sekali gus memberikan momentum yang baik lo menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mereka terdiri daripada anggota tentera dan pasangan mereka serta anggota polis.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan baik hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, pihak berkuasa tempatan dan semu pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjagakan proses pengundian awal tersebut.

Proses pengundian awal PRN Melaka melibatkan 24 lokasi di seluruh negeri ini bermula pada pukul 8 pagi tadi.

Advertisements

Sepanjang undi awal ini, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara akan dilaksanakan ketika proses itu berlangsung.

Ia seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan.

Sebelum ini, SPR menetapkan tarikh 8 November sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas dipersetujui Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam.

Ia susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan daripada kerajaan Negeri Melaka di bawah pentadbiran Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan