Tuesday, July 21, 2026

Bomba selamatkan wanita dari terjun kondominium

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPASUKAN anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mahu terjun dari sebuah kondominium di Cyberjaya hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai perkara itu pada jam 3.45 petang mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sejurus tiba ke lokasi pada pukul 3.52 petang di Apex Tower di Jalan Teknokrat 6, pihaknya mendapati seorang wanita disyaki warganegara tempatan berusia 30-an sedang menangis berdiri di balkoni rumahnya di tingkat 37 bangunan itu dan mahu terjun ke bawah.

“Anggota bomba yang cuba memujuk wanita tersebut supaya membatalkan hasrat itu (terjun bangunan) berjaya mencapai tangan wanita berkenaan dan membawa masuk ke dalam kediaman tersebut.

“Wanita itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan