24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Beri sokongan padu, undi calon PN – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon semua pengundi-pengundi di Melaka memberi sokongan padu kepada semua calon PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Menerusi perkongsian ucapannya dalam rakaman video dengan durasi 1.42 minit itu, Muhyiddin berkata, sebagaimana diketahui tidak berapa lama lagi negeri Melaka akan menghadapi PRN pada 20 November ini.

“Jadi saya berhadapan dengan saudara saudari, untuk mohon malahan merayu supaya semua pengundi di Melaka, daripada semua latar belakang bangsa, agama, tidak akan lupa untuk memberikan sokongan yang padu pada semua calon PN yang telah kita kemukakan.

“Iaitu calon berkaliber, calon yang berkelayakan dan calon yang saya yakin dan percaya adalah calon yang bersih dan apabila dapat dipilih mampu membentuk sebuah kerajaan.

Advertisements

“Yang pastinya membawa negeri Melaka ke suatu mercu kecemerlangan dan kegemilangan di masa akan datang.

“Dan sekali lagi saya merayu sokonglah dan undilah calon-calon dari PN. Terima kasih,” katanya.

Untuk rekod PN akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dengan 15 kerusi ditandingi Bersatu, lapan oleh Pas dan lima lagi wakil Gerakan.

Esok, proses pembuangan undi awal diadakan melibatkan 24 DUN dalam PRN Melaka tahun ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan