Tuesday, July 21, 2026

6,288 kes, lapan kluster baharu – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan 6,288 berbanding 5,413 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,563,153 kes.

Menurut beliau, menerusi laporan kes baharu hari ini, lapan lagi kluster baharu dilaporkan hari menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 247 kluster.

“Kes baharu mencatatkan sebanyak 6,288 kes termasuk 22 kes import.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 125 kes atau 2.0 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima serta 6,163 kes atau 98.0 peratus adalah kategori satu dan dua.

“Kes sembuh mencatatkan sebanyak 4,743 kes, menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,466,523 kes,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 536 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 251 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan