34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kedah rancang projek rintis pelancongan Islam

Beberapa daerah akan dipilih untuk dijadikan projek perintis bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Kedah akan memilih beberapa buah daerah untuk melaksanakan projek rintis pelancongan Islam bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, projek rintis pelancongan terbaharu itu dijangka menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini untuk belajar kitab-kitab dan berguru dengan ulama-ulama hebat.

Selain itu, menurutnya, projek rintis itu juga memberi peluang kepada penduduk di daerah tersebut mendapat nikmat dan limpahan daripada kedatangan pelancong ke kawasan mereka.

“Kemudahan inap desa dan bilik sewa yang murah menjadi pilihan dalam kalangan pelancong berkenaan dalam kuantiti yang ramai dan berkumpulan.

“Selain itu, pelancong tersebut boleh melawat kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti Empangan Muda, Sri Lovely Padi Organic, Bendang Man dan beberapa produk pelancongan lain yang berada di kawasan daerah Sik dan sebagainya.

“Itu adalah beberapa penambah baik bagi menarik lebih ramai pelancong untuk hadir ke negeri Kedah,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2022 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, Alor Setar hari ini.

Selain itu, Mohd. Firdaus turut memaklumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melakukan siasatan di restoran terapung di Langkawi yang tular menjual hidangan seekor ikan siakap berharga RM1,196 baru-baru ini.

Menurutnya, KPDNHEP telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011 kepada peniaga restoran tersebut.

“Pihak restoran sebelum ini telah tampil memberikan penjelasan dengan mendakwa ikan tersebut adalah ikan pameran seberat tujuh kilogram dan harga jualannya adalah RM16 bagi 100 gram.

“Pihak pejabat Exco Usahawan mengikuti isu ini dan berpandangan persefahaman jual beli antara peniaga dan pelanggan perlu dicapai dan disepakati.

Menurutnya, peniaga perlu memastikan tanda harga dipamerkan dan menjelaskan kepada pelanggan manakala pelanggan pula mesti mengetahui harga makanan sebelum menempah sebarang set makanan.

“Kedua-dua pihak mempunyai hak yang adil,” katanya. -EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan