28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pemandu lori ditahan cabut bendera, kain rentang parti politik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang pemandu lori selepas dipercayai mencabut 26 batang bendera dan kain rentang parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah, Melaka, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Azlan Abu berkata, kejadian tersebut disedari pegawai polis yang bertugas di lokasi sebelum bertindak menahan suspek yang berusia 48 tahun sebelum membawanya ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

“Daripada soal siasat, suspek mendakwa dia melakukan perbuatan tersebut atas alasan bahan kempen berkenaan telah menghalang pemandangan pengguna jalan raya yang ingin keluar dan masuk simpang berkenaan.

“Tindakan tersebut dilakukan tanpa mempunyai sebarang niat atau elemen berkaitan politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Azlan berkata, pemeriksaan di lokasi turut menemukan 26 batang bendera yang dicabut suspek membabitkan lapan logo Pakatan Harapan (PH), empat Perikatan Nasional (PN) dan 14 Barisan Nasional (BN).

“Selepas mengambil keterangan, suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

“Setakat ini pihak polis telah menerima lima laporan berkaitan perbuatan sabotaj bendera dan kain rentang parti politik dengan dua daripada laporan dibuat di daerah Melaka Tengah, manakala dua di Alor Gajah serta satu di Jasin,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan