26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

36 kematian dilaporkan, tiada kematian 24 jam – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 36 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian di seluruh negara sebanyak 28,912 kes berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW.

Menurut data tersebut juga, tiada kematian yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam.

Dalam masa sama, sebanyak tujuh kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan kes BID sebanyak 5,846 kes.

Kesemua kematian dilaporkan di Sarawak (12), Pulau Pinang (5), Terengganu (4), Kedah (3), Johor (2), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Sabah (2), Kuala Lumpur (2), Perak (1) dan Selangor (1) serta tiada kematian di Melaka, Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, kes sembuh mencatatkan pertambahan dengan sebanyak 6,127 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes terkini mencecah 2,374,761 kes.

Terdapat 67,969 kes aktif melibatkan 52,720 kes dikuarantin di rumah, 8,735 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 236 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 326 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 4,979 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,128 kes), Sarawak (616 kes), Sabah (445 kes), Kedah (371 kes), Kelantan (370 kes), Johor (363 kes), Terengganu (277 kes), Pahang (256 kes), Pulau Pinang (255 kes), Melaka (225 kes), Perak (224 kes), Kuala Lumpur (215 kes), Negeri Sembilan (175 kes), Putrajaya (33 kes), Perlis (16 kes) dan Labuan (lapan kes). – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan