27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

132 pengedar, penagih dadah ditahan dalam Ops Sarang

Serbuan di ‘port’ dadah dan rumah yang dikenal pasti di Lipis, Raub, Maran, Temerloh dan Jerantut.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 132 individu ditahan polis kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah dalam operasi Ops Sarang di lima daerah di Pahang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek berusia 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam serbuan di ‘port’ dadah dan rumah yang dikenal pasti di Lipis, Raub, Maran, Temerloh dan Jerantut.

“Operasi ini bertujuan menggempur sarang pengedar dadah yang semakin berleluasa khususnya di kawasan Felda yang mempunyai ramai penagih yang dikenal pasti menerusi risikan dan maklumat orang ramai.

“Dalam serbuan itu polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 151.51 gram, syabu (113.62 gram), pil kuda (23.85 gram), pil eramin 4 (4.5 gram), cecair kodein (0.04 liter) dan air ketum (4.5 liter).

“Kesemuanya dianggarkan bernilai RM17,493,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Lipis semalam, lapor Kosmo Online .- Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan