23.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 18, 2022

USIM juara debat antirasuah Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM

Menewaskan pendebat Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) di peringkat akhir

Mesti Baca

PASUKAN Debat Bahasa Melayu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) muncul juara Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM 2021, semalam.

Pendebat USIM yang bertindak sebagai Pembangkang telah berjaya menewaskan pasukan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) selaku Kerajaan dengan usul “Dewan ini percaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar diletakkan di bawah Parlimen.”

Pasukan USIM dibarisi Muhammad Isyraq Husaini Muliadi pelajar Tahun 3 Fakulti Syariah dan Undang-undang, Muhammad Aizudin Radthuan pelajar Tahun 5 Fakulti Syariah dan Undang-undang dan Ariez Ezzuddin Ramli pelajar Tahun 1 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Isyraq Husaini selaku ketua pasukan berkata, ini merupakan julung kalinya USIM menyertai pertandingan tersebut yang memasuki tahun kedua penganjurannya oleh SPRM.

“Kami bersyukur dapat sampai ke tahap ini, sebelumnya USIM menewaskan pendebat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di peringkat separuh akhir,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, usul yang dicadangkan oleh UNISZA untuk meletakkan SPRM di bawah Parlimen agar ia bebas daripada mana-mana pengaruh parti politik dengan meningkatkan kepercayaan persepsi rakyat terhadap agensi itu dan membina ketelusan integriti.

Di pihak USIM pula, katanya, menyanggah usul tersebut kerana akan merencatkan fungsi dan peranan SPRM sebagai sebuah badan bebas rasuah, malah status fungsi semasa adalah berada dalam keadaan sangat cemerlang dan komited dalam perangi rasuah.

Baca juga:   Royalti pasir: SPRM ambil maklumat daripada Idris Haron
Baca juga:   SPRM sahkan ahli politik ditahan, sita RM1.2 juta

Seramai 140 peserta daripada 40 pasukan di institut pengajian tinggi awam (IPTA), institut pengajian tinggi swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan MARA (IPMa) mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Ia anjuran SPRM bersama Majlis Debat Universiti Malaysia (Madum), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dengan kemenangan tersebut, USIM pemembawa pulang wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan, dan sijil.

Turut hadir memberi sokongan moral mewakili pengurusan universiti adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani. – Edisi 9

Terkini

RFID: PLUS, TNG diarah selesai isu kesesakan di plaza tol

PLUS Malaysia Berhad diarah mencari jalan penyelesaian berhubung isu kesesakan yang berlaku di plaza tol lebuh raya ekoran pelaksanaan...

Lagi Artikel Berkaitan