29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes polis berpesta di balai: Hanya tindakan tatatertib dikenakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT anggota polis yang ditangkap berpesta di sebuah balai polis di Bangi tiga bulan lalu berdepan tindakan tatatertib, namun tiada pertuduhan jenayah dikenakan terhadap mereka.

Memetik laporan Malaysiakini, mereka termasuk sub-inspektor yang merupakan ketua balai di di balai polis Bangi, yang pada awalnya didapati positif ganja apabila balai itu diserbu oleh sepasukan dari ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman.

“Tiada dakwaan jenayah. Tetapi mereka dikenakan tindakan tatatertib, siasatan sedang dijalankan oleh Bukit Aman,” kata Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kes itu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan untuk tidak menuntut pertuduhan jenayah terhadap suspek dibuat oleh timbalan pendakwa raya.

Menurutnya, ujian air kencing kali kedua ke atas sub-inspektor itu didapati negatif.

“Saya dimaklumkan ujian air kencing kali kedua yang dijalankan untuk pengesahan pakar patologi mendapati (pegawai itu) negatif penyalahgunaan dadah.

“Mereka juga telah dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard Covid-19,” katanya.

Advertisements

Pesuruhjaya polis itu berkata empat anggota polis itu masih tertakluk kepada siasatan tatatertib yang sedang dijalankan di mana mereka menghadapi pertuduhan di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Kesemua mereka telah diarah mengemukakan surat representasi kepada semua pertuduhan berhubung kesalahan mereka sebelum keputusan lanjut dibuat ke atas mereka,” tambah Azri.

Dilaporkan pada 20 Julai lalu, sepasukan dari Bukit Aman menyerbu balai polis itu dan menahan empat anggota polis dan empat wanita yang didakwa sedang berpesta di premis itu.

Menurut laporan media, pesta itu berlangsung di “bilik khas” di tingkat dua, di mana lampu bola disko dipasang.

Dalam serbuan pukul 6 petang itu, kelapan-lapan mereka sedang berkaraoke.

Pasukan itu turut merampas sebotol arak, lima botol ketum, lampu dan peralatan audio serta gambar lucah yang memaparkan seorang daripada anggota polis bersama seorang wanita yang merupakan antara yang ditahan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan