31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lancar jentera PRN Melaka: BN dikompaun RM10,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) dikompaun di bawah Akta 342 oleh Pejabat Kesihatan Kepong, Kuala Lumpur kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi penganjuran majlis sosial.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu hantaran di Twitter rasminya hari ini.

Kompaun itu dikeluarkan apabila BN mengadakan majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi yang dihadiri kira-kira 1,000 anggota parti.

Baru-baru ini, KKM menguatkuasakan larangan tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk pelancaran jentera bermula 24 Oktober sehingga 27 November depan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, KKM ingin memaklumkan, berdasarkan pemantauan situasi Covid-19 dalam negara didapati antara penyumbang kepada peningkatan kes dan kluster di Malaysia adalah berkait dengan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi SOP.

Kompaun yang dikenakan oleh Jabatan Kesihatan Kepong, Kuala Lumpur terhadap Barisan Nasional kerana melanggar SOP COVID-19.

Semalam, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) turut dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 oleh Polis Melaka kerana menganjurkan sidang media di Bangunan Stadthuys.

Kompaun itu dikeluarkan oleh sepasukan pegawai dan anggota pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah kira-kira jam 1.30 petang. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan