24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pandelela kongsi pengalaman 7 tahun hadap jurulatih kaki lucah

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

RATU terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg hari ini berkongsi pengalaman menjadi mangsa kaki lucah dan berharap mereka yang berdepan situasi sama agar tampil bersuara.

Seolah-olah kesal kerana tidak bertindak sejak awal, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu terpaksa berdepan dengan jurulatih tersebut selama tujuh tahun.

“Kita memerlukan pemimpin yang baik yang dapat memperbaiki apa yang salah dan bukannya menutup mata kepada kejahatan, dan mereka yang dianiaya mesti bersuara! Suara kecil tetap penting jika kita bersatu,” katanya menerusi ciapan ditwitternya hari ini.

Katanya, selama tujuh tahun dia hanya berdiam diri dan terpaksa melayan lawak-lawak lucah jurulatih tersebut kerana takut sehinggalah lelaki tersebut berhadapan dengan kes rogol.

Lebih dikesalkan, tindakan tidak bermoral jurulatih itu dilindungi oleh ketua jurulatihnya sehingga perbuatannya semakin menjadi-jadi.

“Dulu saya ada seorang jurulatih ini suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun buat-buat ketawa sebab takut. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat (terlibat) kes rogol.

Advertisements

“Tapi paling sedih dalam 7 tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab backup (pelindung) besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri… Lucah dan rogol buka lucu!,” katanya.

Bagaimanapun Pandelela bersyukur kerana mempunyai persatuan yang melindungi mereka dengan selamat.

Malah katanya, Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin banyak membantu sehingga kes tersebut berakhir dengan gembira.

Pada 2017 lalu, jurulatih kelahiran China, Huang Qiang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan merogol seorang atlet terjun kebangsaan wanita berusia 20 tahun di Kompleks Akuatik Sukan Negara, Bukit Jalil.

Bagaimanapun dia dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan