25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

213 pekerja warga asing ditahan Imigresen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menahan seramai 213 warga asing dalam serbuan Operasi Bersepadu di sebuah tapak pembinaan di Setapak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.

JIm berkata, operasi itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Dalam serbuan itu, seramai 254 pekerja asing diperiksa. Daripada jumlah itu, seramai 213 pekerja binaan warga asing terdiri daripada 210 lelaki dan tiga wanita ditahan selepas didapati terbabit dalam pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Advertisements

“Semua warga asing yang ditahan terdiri daripada 172 warga Bangladesh, diikuti Indonesia (20 orang), Pakistan (10 orang), Vietnam (enam orang), India (tiga orang) dan Myanmar (dua orang),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 15(1)(c) akta sama serta Perkara 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semua pekerja warga asing yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya untuk proses dokumentasi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan