27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mayat wanita dipercayai terjun Sungai Perak ditemui

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang wanita berusia 49 tahun yang lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang di sini ditemui malam tadi.

Mangsa dijumpai kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi dia dipercayai lemas.

Memetik laporan Kosmo! Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, operasi mencari mangsa yang dilakukan sejak pagi semalam diteruskan hingga malam.

Menurut jurucakap itu, pencarian dilakukan pada kawasan permukaan menggunakan sebuah bot dengan jarak radius 100 meter dari tempat mangsa dipercayai lemas.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan untuk membantu polis mencari seorang wanita yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Perak dekat Jeti Durian Sebatang.

Advertisements

“Berpandukan maklumat, suami mangsa mengesyaki isterinya telah terjun ke dalam Sungai Perak itu lalu membuat laporan polis untuk bantuan,” ujar jurucakap tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula pukul 8 pagi semalam melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan sukarelawan bomba.

Turut membantu ialah pasukan penyelam bomba dan Unit Anjing Pengesan K9.

-tamat-

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan