32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Doakan Allahyarham Mohd Diya husnul khatimah – Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGORBANAN seorang anggota Bomba dari
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang lemas dihanyutkan arus deras semasa bertugas menyelamatkan mangsa banjir di Sungai Putat, Melaka disifatkan sebagai satu pengorbanan yang sangat besar.

Anggota terbabit Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Diya Che Jusoh, 46, disahkan meninggal kira-kira pukul 3.11 pagi ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengorbanan Mohd Diya sebagai anggota frontliners sangat besar dan beliau mendoakan agar Allahyarham memperoleh husnul khatimah serta ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan orang beriman.

“Takziah kepada ahli keluarga anggota bomba Mohd Diya Che Jusoh yang meninggal dunia ketika bertugas dalam operasi banjir di Sungai Putat, Melaka semalam.

“Saya merasa amat sedih apabila mendapat tahu Allahyarham terkorban dalam operasi menyelamat mangsa banjir di kampung tersebut. Saya percaya seluruh rakyat Malaysia juga berkongsi kesedihan atas tragedi yang berlaku,” kongsinya di Facebook tadi.

Beliau turut sempat singgah ke Taman Krubong Jaya sebelum ke Sesi Dialog MPN bersama pemain sektor ekonomi dan sosial negeri Melaka, untuk menziarah balu Allahyarham Puan Noraida Che Nor dan empat orang anak Allahyarham yang berusia antara 18 dan 9 tahun.

“Saya berdoa semoga ahli keluarga Mohd Diya diberi ketabahan dan kekuatan dalam berhadapan dengan saat-saat yang sukar ini.

Media sebelum ini melaporkan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras ketika membantu mangsa banjir kini bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Beliau berkata, ketika kejadian anggota berkenaan dipercayai hilang pertimbangan susulan arus deras ketika memasang tali untuk menyelamatkan mangsa banjir.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan