Thursday, July 23, 2026

Mohd Shukrie letak jawatan CEO MAHB

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan perletakan jawatan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, berkuat kuasa 24 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata, Mohd Shukrie telah memutuskan untuk meninggalkan MAHB bagi meneroka peluang lain.

Mohd Shukrie mula menyertai MAHB sebagai Ketua Pegawai Operasi pada Mei 2019, sebelum dilantik ke jawatan CEO Kumpulan pada Mac tahun lalu.

“Sepanjang tempoh beliau berada dengan kami, beliau telah banyak membantu mengemudi operasi dan kewangan syarikat, terutama sewaktu pandemik ini,” katanya.

Peletakan jawatan Mohd Shukrie menyusul pelantikan bekas Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan baharu MAHB.

“Pihak Lembaga Pengarah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Mohd Shukrie atas khidmat beliau dan selamat maju jaya,” kata MAHB lagi.-Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan