30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

12 ekor tarantula pelbagai spesis dirampas Perhilitan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 12 ekor tarantula (kumpulan labah-labah yang besar dan berbulu) pelbagai spesis dirampas pihak berkuasa dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis di Seremban, Negeri Sembilan, pada 6 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, hidupan liar berkenaan disimpan tanpa sebarang dokumen penyimpanan sah yang dikeluarkan pihak Perhilitan Semenanjung Malaysia.

Jelasnya, laporan polis kemudian dibuat petugas agensi berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 2.

Advertisements

“Kesemua barang rampasan itu dibawa ke pejabat Perhilitan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dilapor Bernama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 60 di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara sehingga maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan