26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

CEO ditahan terlibat penipuan wang pelaburan lebih RM9.6 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penipuan wang pelaburan berjumlah lebih RM9.6 juta.

Penahanan reman CEO berusia 52 tahun itu bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi siasatan lanjut.

Menerusi sumber berkata, suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengarah syarikat yang berpangkalan di Indonesia.

Kata sumber itu, wang berkenaan disyaki digunakan suspek sebagai pelaburan dengan hasil daripada wang haram daripada Hong Kong dan Indonesia.

“Suspek juga disyaki terlibat menggunakan hasil kewangan daripada sebuah perhotelan di Uzbekistan untuk pelaburan di syarikat berkenaan.

“Sehubungan itu, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16 (a) (A) akta SPRM 2009,” jelas sumber itu, lapor Utusan Online.

Laporan media hari ini mendedahkan, SPRM mengesan taktik penjenayah profesional mengupah peguam terkemuka bagi mempertahan aktiviti penipuan memperdaya mangsa membuat penipuan pelaburan.

Sindiket itu juga licik kerana menggunakan kepakaran mereka dalam bidang profesional  dengan melakukan transaksi pelaburan seolah-olah mengikut undang-undang yang sah.

Menerusi modus operandi berkenaan menyebabkan ramai mangsa melabur dengan begitu mudah dan dalam nilai jutaan ringgit. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan