29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Ivermectin bernilai lebih RM8,200 dirampas di Melaka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka hari ini merampas produk Ivermectin tidak berdaftar bernilai RM8,200 dalam beberapa siri serbuan jabatan itu baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, JKN melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) menjalankan tindakan penguatkuasaan bagi mengekang penjualan produk Ivermectin yang tidak berdaftar.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan dan pemantauan berkenaan dijalankan secara berterusan ke atas pengiklanan produk atau penjualan di pasaran termasuk melalui rangkaian dalam talian serta media sosial.

“Sehingga 10 September lalu terdapat tujuh serbuan dilakukan CPF negeri membabitkan penjualan produk Ivermectin tidak berdaftar.

“Serbuan itu membabitkan klinik, farmasi serta penjualan melalui dalam talian dan hasilnya sejumlah RM8,240 produk Ivermectin tidak berdaftar dirampas,” katanya.

Rahmad berkata, pihaknya menasihati orang awam agar tidak terpedaya dengan individu yang menjual Ivermectin sebagai rawatan atau pencegahan Covid-19 kerana ia berkemungkinan besar membabitkan produk palsu atau produk yang didaftarkan untuk kegunaan haiwan.

“Penggunaan Ivermectin juga tanpa pemantauan dari golongan profesional berisiko menyebabkan masalah kesihatan.

“Selain itu, individu atau pihak yang didapati menjual produk tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh dikenakan tindakan dibawah Peraturan 7(1) (a) Peraturan- Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan