30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Komen berbaur rasis: Polis tetap akan siasat ‘Borhan Che Rahim’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Polis tetap akan menjalankan siasatan berhubung status berbaur rasis seorang pemimpin parti politik bahagian terhadap pemain badminton perseorang wanita negara, S. Kisona walaupun individu berkenaan sudah memohon maaf.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, siasatan terperinci daripada pelbagai sudut akan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 susulan laporan polis yang diterima di seluruh negara berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata, siasatan polis bukan hanya membabitkan individu berkenaan tetapi juga membabitkan apa sahaja isu yang menyentuh perkauman dan mempunyai niat untuk mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Walaupun beliau sudah meminta maaf berhubung kenyataan itu, polis akan siasat bukan sahaja membabitkan isu ini tetapi apa sahaja isu yang menyentuh perkauman dan mempunyai niat untuk menjadikan rakyat dalam keadaan gusar.

“Sebenarnya laporan polis tentang masalah perkauman ini banyak termasuk kes ini, jadi kita sentiasa akan menyiasat perkara-perkara atau niat seseorang yang melakukannya,” katanya seperti dilapor Harian Metro hari ini.

Baca juga:   6 pelajar MRSM Sultan Azlan Shah positif Covid-19

Hamzah yang bercakap di Kuala Terengganu mengulas komen berbaur perkauman oleh Naib Ketua Bersatu Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, Borhanuddin Che Rahim menerusi media sosialnya terhadap Kisona, sejurus pemain itu tewas kepada pemain Jepun dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland, kelmarin.

Baca juga:   Langgar kuarantin: Polis sahkan siasat MB Selangor

Ekoran kenyataan tersebut, dia dikecam teruk oleh pelbagai pihak kerana tidak menjaga sensitiviti kaum selain tiada semangat kesukanan sebelum tampil memohon maaf menerusi sepucuk surat yang dimuatkan dalam Facebooknya.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata, perkara itu dianggap selesai dan tiada tindakan diambil daripada pihak parti memandangkan beliau sudah sedar kesalahan dilakukan dan meminta maaf serta meletakkan jawatan.

“Saya berasa amat dukacita apabila seorang pemimpin terutama pemimpin politik bercakap tentang perkauman tetapi Alhamdullilah apabila seseorang itu sedar akan tanggungjawabnya sebagai pemimpin, dia sudah minta maaf dan sanggup untuk meletakkan jawatannya daripada parti.

“Bagi pihak parti, kita anggap selesai dan tutup kes sebab dia sudah sedar kesilapan dilakukan dan minta maaf dan pada saya, biar ia jadi pengajaran kepada yang lain supaya jangan buat lagi,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden Bersatu yang juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan Borhanuddin telah melepaskan jawatannya dalam parti itu susulan kontroversi tersebut.

Baca juga:   Wanita rugi RM132,000 main teka bola sepak

-EDISI9

Terkini

Polis cedera ditetak penagih di Shah Alam

SEORANG pegawai polis parah di tangan, manakala seorang lagi anggota cedera selepas ditetak seorang penagih dadah dalam kejadian di...

Lagi Artikel Berkaitan