26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kes harian 6,145, terendah dalam tempoh 3 bulan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes harian Covid-19 yang direkodkan hari ini menunjukkan penurunan menjadi 6,145 kes sekali gus mencatatkan kadar terendah sejak 7 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan kadar terbaru berkenaan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini menjadi 2,390,687 kes.

Bagaimanapun tiada pecahan mengikut negeri dikeluarkan setakat ini.

Terdahulu hanya pada 11 Oktober lalu, jumlah kes harian mencatatkan di bawah paras 7,000 kes iaitu sebanyak 6,709 kes.

Kes tertinggi sejak tempoh yang sama 7 Julai itu pula ialah pada 26 Ogos lalu iaitu sebanyak 24,599 kes.

Terdahulu Noor Hisham turut melaporkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.88.

Menurutnya, tiga negeri yang mencatatkan nilai Rt melebihi 1.0 ialah Putrajaya iaitu 1.06; Negeri Sembilan (1.03) dan Kuala Lumpur (1.00).

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan