25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 4, 2022

MOTAC tetapkan harga lantai umrah RM6,900

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan penetapan harga lantai pakej umrah untuk 12 hari dan 10 malam adalah RM6,900 berbanding RM4,900 sebelum ini.

MOTAC dalam kenyataan berkata, harga lantai itu selaras dengan perkembangan semasa, iaitu terdapat peningkatan kos memandangkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sama ada di Arab Saudi atau kerajaan Malaysia.

Menurutnya, antara faktor yang mempengaruhi peningkatan kos adalah bilangan kapasiti di dalam bilik penginapan di Arab Saudi, kapasiti pergerakan pengangkutan yang membenarkan 50 peratus dari jumlah kapasiti sebenar dan pengurusan mutawif serta ujian swab Covid-19.

“Bagaimanapun, harga lantai akan disemak semula apabila wabak Covid-19 diisytiharkan berakhir dan keadaan sudah kembali normal yang mana kekangan SOP tidak lagi dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi,” katanya hari ini.

MOTAC berkata, harga berkenaan juga merupakan panduan bagi pihak Kementerian dalam melaksanakan pemantauan terhadap industri umrah.

Baca juga:   Waspada sindiket jual permit umrah palsu

“Manakala orang ramai boleh menjadikannya sebagai panduan dalam membuat pertimbangan dalam memilih syarikat mana yang sesuai dengan bajet mereka,” katanya.

Dalam pada itu, MOTAC turut mewajibkan agar mana-mana syarikat yang dilesenkan untuk memohon kebenaran bagi mengiklankan promosi umrah.

Menurutnya, ia sebagai salah satu inisiatif untuk menangani kes-kes penipuan pakej umrah.

“Ia juga selaras dengan Peraturan 6(1A)(a), Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] yang mana menyatakan ‘Pengendali pelancongan berlesen tidak boleh mengiklankan pakej yang ditawarkan tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan.

Baca juga:   MOTAC bakal kemuka SOP baharu umrah kepada MKN

“Sehubungan itu, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus bersama-sama dengan persatuan-persatuan pengendali umrah iaitu PAPUH, MATTA dan BUMITRA untuk membantu pihaknya merangka dan memperhalusi isu pengiklanan umrah ini,” katanya.

Menurut MOTAC, berdasarkan sesi-sesi libat urus yang telah dijalankan, persatuan-persatuan berkaitan memahami dan menyokong inisiatif yang dilaksanakan demi memelihara kepentingan Keluarga Malaysia dan juga pemain industri umrah.

“Sehingga kini, Kementerian ini telah menerima sebanyak 31 permohonan iklan. Setiap iklan yang diluluskan akan diberikan Nombor Siri Khas iklan umrah yang perlu dipaparkan di iklan-iklan yang akan dipromosi. Ini bertujuan untuk membantu Kementerian ini mengenalpasti iklan-iklan haram pakej umrah.

“Borang permohonan iklan ini boleh di muat turun daripada laman web rasmi Kementerian di www.motac.gov.my,” katanya.

Orang ramai juga boleh menghubungi pejabat MOTAC negeri atau melayari laman web rasmi kementerian bagi mengenalpasti syarikat-syarikat yang telah dilesenkan.

Baca juga:   Tiada niat promosi vape, Shaheizy Sam minta maaf

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina...

Lagi Artikel Berkaitan