29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Bakal menantu ‘hantu’ dipenjara tiga tahun, enam sebatan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang lelaki yang nekad memperdaya bakal mentua sendiri kononnya dia seorang menjalankan perniagaan emas dan kambing perap dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan enam sebatan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu di Kelantan, hari ini.

Shah Jahan Sazali, 36, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan Shah Jahan didakwa menipu Mad Rozali Botok, 65, dengan memperdayakan imam masjid itu agar percaya dia menjalankan perniagaan emas yang sebenarnya tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang bernilai RM24,200.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 9 Ogos hingga 12 Sept lalu di Pangsapuri Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun hingga tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman tiga tahun penjara dan sekali sebatan bagi setiap pertuduhan.

Majistret membenarkan hukuman penjara itu dijalankan serentak mulai hari ini.

Sementara itu dalam pendakwaan berasingan, Shah Jahan berdepan tujuh lagi tuduhan membabitkan kes penipuan terhadap imam terbabit dan seorang mangsa lain.

Tertuduh turut mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Muhammad Fitri Mokhtar hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam tertuduh didakwa menipu Mad Rozali dengan memperdaya imam itu dengan menjalankan perniagaan emas yang tidak wujud menyebabkan mangsa menyerahkan wang sebanyak RM16,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 28 Jun hingga 5 Sept lalu juga di Pangsapuri Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum pemenjaraan tidak kurang setahun hingga tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Shah Jahan juga didakwa memperdayakan Husin Md Ali yang menyerahkan sebuah kereta jenis Proton Waja untuk dibaiki.

Perdakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Asmah Che Wan, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ariyani Mohd Amin.

Bagaimanapun Muhammad Fitri menetapkan tarikh 28 November untuk sebutan semula kes bagi tujuh pertuduhan berkenaan.

Pada 3 Okt lalu Edisi9 melaporkan seorang imam masjid di Bachok, Kelantan rugi lebih RM50,000 selepas ditipu seorang lelaki yang juga bakal menantunya sejak Jun hingga pertengahan September lalu.

Mangsa berusia 65 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Bachok pada 14 September lalu untuk tindakan lanjut.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan