Thursday, June 4, 2026

Pastikan virus COVID-19 tak ikut balik kampung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – “Jalani ujian air liur, pastikan kita tidak bawa jangkitan kepada mereka di kampung”.

Itu antara peringatan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah kepada rakyat Malaysia yang sudah tidak ‘sabar-sabar’ untuk merentas negeri sebaik sahaja kerajaan membenarkannya tidak lama lagi.

Pesanan itu dimuat naik menerusi ciapan Twitter beliau supaya rakyat Malaysia mengambil tindakan proaktif memastikan tidak membawa jangkitan COVID-19 kepada orang tersayang di kampung.

“Sedikit masa lagi rakyat Malaysia akan dibenarkan merentas negeri untuk balik kampung dan melancong.

“Tetapi ingin diperingatkan agar kita ambil tindakan proaktif untuk jalani ujian air liur RTK Ag kendiri supaya kita dapat pastikan kita tidak bawa jangkitan kepada mereka di kampung,” menurut ciapan beliau di sini hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, rentas negeri akan dibenarkan apabila negara sudah mencapai 90 peratus populasi dewasa divaksinasi.

“Kita bergantung kepada maklumat data bukan tarikh. Terkini 88.4 peratus rakyat dewasa telah pun lengkap divaksinkan.

“Apabila kita mencapai 90 peratus rakyat dewasa lengkap divaksinkan maka merentas negeri akan dibenarkan,” katanya. – Edisi 9


Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan